SENARAI ADUAN PELANGGAN (Ulasan & Cadangan)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
TAHUN 2011

Bil Tarikh (yyyy-mm-dd) No Aduan Aduan Jenis Kategori Bahagian Punca Status Tindakan Tarikh Selesai (yyyy-mm-dd)
1. 2011-03-19 1200 Tahniah, sistem yang terbaik... Ulasan & Cadangan Lain-lain Unit Perhubungan Korporat & Antarabangsa Manusia Tindakan Selesai Terima kasih. 2011-03-21
2. 2011-03-17 1192 Salam, saya sangat sedih dengan pengurusan unit keselamatan. Tak habis-habis nak saman pelajar. Kami ni student, masih belajar..kalau salah tlg tnjukkan.. duit kami habis byr saman je.. dah la tak dapat duduk dalam.. kena menyewa kt luar.. isi minyak tiap2 minggu.. kena bawa kenderaan sendiri.. lepas tu kena saman.. kemudian parking di bangunan block baru pula banyak parking kosong..?? tak kan di biarkan mcm tu je? apa guna parking yang banyak tu? bukan semua pelajar bawa kenderaan.. cukup sgt parking tu semua.. minta pak guard uitm jgn nk mengalahkan polis/jpj sampai nak check semua.. itu diluar bidang kuasa pak guard.. kami sedar mereka menjalankan tugas, tapi harap jgn susahkan pelajar.. kami bukan dari keluarga yang berada.. kadang2 hari hujan..kami terpaksa redah hujan.. terutama yg menaiki motor.. sila ambil tindakan yang sewajarnya.. terima kasih Ulasan & Cadangan Lain-lain Unit Keselamatan Manusia Tindakan Selesai Unit Keselamatan hanya saman kenderaan pelajar yang melakukan kesalahan sahaja. Justeru itu untuk mengelakkan dari disaman diminta kepada pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Untuk makluman segala urusan saman di dalam kampus adalah bidang kuasa Unit Keselamatan. Kenyataan saudara yang menyatakan bukan bidang kuasa Unit Keselamatan adalah salah. Sekian, terima kasih. 2011-03-21
3. 2011-03-13 1174 salam. saya pelajar part 1. saya ingin bertanya tentang SUKOL di UiTM Pahang dan bagaimana ia dilakukan dan tarikh aktiviti. kedua, saya ingin bertanya bagaimana untuk menyertai sukan petanque di sini. sepanjang 3 bulan lebih disini. saya tidak dapat apa apa informasi tentang hal ini. tolong ye. saya amat berminat untuk menyertai. sekian terima kasih. as Salam.. Ulasan & Cadangan Perkhidmatan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Manusia Tindakan Selesai Di UiTM Pahang kita tidak mengadakan Sukan Antara Kolej (SUKOL) sebagaimana di UiTM Shah Alam. Ini disebabkan kita hanya mempunyai 3 buah kolej(1 ssiswa/2 siswi), jadi tidak sesuai dijalankan kejohanan tersebut. Walau bagaimanapun pihak Unit Sukan-HEPA mengadakan berbagai kejohanan lain seperti SUKMAS (Sukan Mahasiswa & Staf UiTM Pahang), KESUMAS (Kejohanan Sukan Mahasiswa UiTM Pahang) dan lain-lain lagi (termasuka Liga Bola Sepak dan Bola Jaring Antara Fakulti yang sedang berjalan sekarang). Di peringkat Kolej pula Jawatankuasa Perwakilan Kolej sering mengadakan kejohanan-kejohanan Antara Blok/Wing atau tertutup Kolej (siswa atau siswi).Pihak Unit Sukan sentiasa memberi kerjasama untuk mereka mengadakan kejohanan-kejohanan tersebut.Berhubung dengan permainan Petangue, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan memang mempunyai peralatan tersebut dan kami amat mengalu-alukan penglibatan dari pelajar mahupun staf dalam permainan ini. Untuk makluman saudara permainan ini memang agak aktif pada tahun-tahun 2005 - 2009, tetapi agak malap sejak pertengahan tahun 2010. Ini dsebabkan gelanggang yang kita miliki, termasuk dalam projek pemasangan lampu (Komplek Sukan berhampiran Kolej Siswi) yang pembinaannya menghadapi masalah kelewatan dan masih di dalam tanggungjawab kontraktor yang menjalankan kerja-kerja tersebut. Walau bagaimanapun jika saudara berminat untuk bermain permainan tersebut saudara boleh mendapatkan peralatan tersebut dari Unit Sukan dan boleh menggunakan mana-mana gelanggang rumput yang sesuai sekitar padang bola sepak atau ragbi. Sekian, terima kasih. 2011-03-14
4. 2011-03-11 1170 TELAH MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN BAIK. SYABAS! Ulasan & Cadangan Perkhidmatan Unit Perhubungan Korporat & Antarabangsa Manusia Tindakan Selesai Terima kasih. 2011-03-11
5. 2011-02-28 1135 As Salam ... Mohon Unit Kokurikulum serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UiTM Pahang menyediakan kemudahan dan kelengkapan pengajaran dan pembelajaran bagi sesetengah subjek dalam Kokurikulum. Ini kerana adakalanya pengajar dan pelajar sendiri terpaksa menggunakan inisiatif lain untuk mendapatkan apa yang sepatutnya diperolehi. Contohnya ialah peralatan dan peruntukkan program, ini tidak adil jikalau Persatuan Brass Band sahaja mempunyai kelengkapan pengajaran dan pembelajaran tetapi bagaimana pula dengan persatuan dan kelab lain yang memerlukan ??? Adalah sedia maklum, subjek kokurikulum telah lama berdaftar dan sepatutnya masalah ini tidak timbul. Segala kesulitan dan perkara ini amatlah dikesali, ini adalah untuk kebaikan bersama. Sekian, terima kasih ... Ulasan & Cadangan Lain-lain Bahagian Hal Ehwal Pelajar Peralatan Tindakan Selesai Terima kasih atas makluman dan cadangan yang telah diberikan. Buat makluman saudara/i, persatuan dan kokurikulum adalah dua perkara yang berbeza dimana kokurikulum adalah kursus wajib diambil oleh pelajar bagi menamatkan pengajian di UiTM manakala Persatuan atau Kelab adalah bukan satu kewajipan kepada pelajar.Untuk pengetahuan saudara/i, kokurikulum yang menggunakan peralatan contohnya Brass Band, Memanah, Sepak Takraw, Hoki dan lain-lain adalah perlu untuk disediakan peralatan supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dan perkara ini juga mengikut keperluan silibus. Setiap barang dan peralatan yang ingin dibeli juga telah dibuat permohonan bajet bagi mendapatkan peruntukan dari pihak yang berkenaan 1 hingga 2 tahun sebelum pembelian.Manakala kursus yang tidak melibatkan peralatan seperti Pengurusan Acara, Kekeluargaan Islam, Institusi Masjid, Pengucapan Awam dan lain-lain, hanya perlu mengikut silibus yang termaktub tanpa pembelian peralatan. Memandangkan Kampus kita menguruskan perbelanjaan berhemah, maka pihak kami terpaksa mengagihkan bajet kepada perkara-perkara yang memerlukan keperluan mendesak dan kritikal sahaja. Walaubagaimanapun, kita masih lagi mengagihkan bajet mengikut kesesuaian Kursus Kokurikulum. Sekian, terima kasih. 2011-03-01
6. 2011-02-11 1095 asalamualaikum, saya seorang NR yang tinggal di Takman jengka impian. saya ingin mewakili pelajar disana meluahkan masalah - tiada internet. masalah ini berpunca dari ketiadaan tiang telefon untuk membekalkan saluran internet. telah diketahuai umum yang kehidupan pelajar uitm memang sangat bergantung pada internet.. nak buat assignment, nak register, isi borang, hantar assignment.. segalanya internet. pelajar2 bukan lah kaya sangat untuk beli online broadband yang limitnya hanya 5gb sebulan dan dikongsi 10 orang. tuan2 rumah juga amat bersetuju untuk meluluskan pemasanyan internet jika ada infrastrukturnya. saya tahu, ini bukan bidang kuasa UiTM untuk 'megadakan' tiang telefon, tetapi saya minta jasa tuan-tuan untuk 'campur tangan' dalam hal ini supaya pihak telekom boleh memasang infrastruktur tersebut. ini bukan masalah kawasan terpencil, kerana kawansn sekeliling jengka impian semuanya sudah menikmati talian tetap, bahkan jengka impian sudah melepasi kapasi penduduk untuk memasang tiang-tiang tersebut. Ulasan & Cadangan Lain-lain Unit Pengurusan Kolej Sistem Tindakan Selesai Perkara ini akan cuba dibincangkan bersama pihak pengurusan kampus.Terima kasih. 2011-02-12
7. 2011-02-02 1087 Mencadangkan agar pelajar yang kehilangan diberi kad sementara bagi memudahkan urusan di dalam kampus. cth; ingin menggunakan komputer di dalam perpustakaan dan proses peminjaman buku. Ulasan & Cadangan Perkhidmatan Bahagian Hal Ehwal Akademik Manusia Tindakan Selesai Bagi pelajar yang hilang kad (kad pelbagai guna). Pelajar perlu segera melaporkannya kepada pihak keselamatan dan membuat bayaran kepada pihak bendahari untuk dibuat kad yang baru. Saudara/i boleh berhubung dengan pihak Unit Sistem Maklumat bersepadu (USMB) untuk penggantian kad tersebut. Terima kasih. 2011-02-08
8. 2011-01-27 1074 assalamualaikum dan salam satu malaysia.. pertama sekali saya perkenalkan diri saya, saya pelajar semester 5..saya tidak ingin membuat sebarang aduan kerana saya berpuas hati dengan semua kemudahan yang pihak UiTM telah sediakan untuk kami para pelajar. Malah saya bersyukur menjadi sebahagian dari warga UiTM Jengka. Cuma, amatlah saya berbesar hati sekiranya pihak UiTM sudi menerima cadangan saya. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kampus supaya menyediakan satu kemudahan tandas dan bilik mandi untuk orang kurang upaya di kompleks siswi. mungkin bilangan pelajar kurang upaya di kampus ini tidaklah ramai tetapi sekiranya disediakan kemudahan ini mereka mungkin lebih mudah. terima kasih saya ucapkan. Ulasan & Cadangan Lain-lain Bahagian Pembangunan & Pengurusan Fasiliti Manusia Tindakan Selesai Pihak BPPF akan mengambil perhatian mengenai perkara ini. Terima kasih. 2011-01-28
9. 2011-01-25 1067 Terima kasih kerana telah menzahirkan penerbitan buku panduan telefon UiTM Pahang.Tahniah&terima kasih diucapkan... Ulasan & Cadangan Lain-lain Unit Perhubungan Korporat & Antarabangsa Manusia Tindakan Selesai Terima kasih. 2011-01-28
10. 2011-01-23 1056 Saya ign m'cdgkan spy p'aturan sahsiah rupa diri pd hari isnin yg mana pelajar siswa dikehendaki b'pakaian formal di p'ketatkan krn pd masa ini pelajar siswa msh ada yg memakai baju kemeja dgn seluar jeans dan memakai sneakers. Imej ini amat tdk sesuai bg IPTA yg mana patut m'pamerkan imej professional di kalangan pelajar2nya. Harap pd masa akan dtg UiTM Phg dpt m'bentuk budaya profesionalism dr segi pemakaian di klngn pelajar. Sekian terima kasih.. Ulasan & Cadangan Lain-lain Bahagian Hal Ehwal Akademik Manusia Tindakan Selesai Terima kasih atas pandangan dan cadangan saudara. Kami sangat bersetuju dan pandangan saudara. Sesungguhnya UiTM menghargai mahasiswa/mahasiswi yang sentiasa mematuhi apajua peraturan yang ditetapkan oleh Pengurusan Universiti kerana peraturan yang telah dirangka seperti peraturan sahsiah rupadiri adalah wadah untuk melatih bakal-bakal graduan UiTM peka dengan etika, nilai-nilai positif serta protokol persekitaran dunia pekerjaan demi menyahut realiti tuntutan pasaran pekerjaan.Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mempastikan peraturan ini diikuti bukan hanya terletak kepada Pengurusan semata-mata tetapi mahasiswa/mahasiswi juga bertanggungjawab tegur-menegur antara satu sama lain di kalangan rakan sekuliah/ sekolej/seprogram dan seumpamanya. Sekian, Wasalam. 2011-01-25
11. 2011-01-20 1047 pihak uitm perlu menyediakan jadual bas dan van uitm untuk ke bandar jengka atau taman perumahan pelajar. sangat berharap agar pihak uitm pahang menyediakan kemudahan ini dan memnampal notis di setiap blok pelajar pelajar. Ulasan & Cadangan Perkhidmatan Bahagian Pentadbiran Manusia Tindakan Selesai Terima kasih kepada yang bertanya. Jadual telah disediakan dan akan dipaparkan dalam jangkamasa terdekat.Masih ada beberapa perkara yang mesti diteliti. 2011-01-25
12. 2011-01-09 1025 assalamualaikum..saya ingin mencadangkan agar pihak Uitm Pahang menyediakan sebuah gimnasium bagi kemudahan para pelajar.Hal ini demikian kerana kemudahan gimnasium ini banyak manfaatnya.Sebagai contoh,bagi mereka yang tidak selalu beriadah seperti berjogging,mereka boleh menggunakan kemudahan gimnasium ini untuk melakukan senaman agar kesihatan mereka dijaga.Selain itu,pelajar jurusan pengajian sukan juga amat menghargai sekiranya pihak tuan/puan dapat menyediakan kemudahan gimnasium ini secepat yg mungkin kerana mereka bkn sahaja belajar melalui teori sahaja malahan perlu mempraktiskan lagi ape yang dipelajari.Akhir kata keperihatin pihak tuan amat kami hargai.sekian terima kasih.. Ulasan & Cadangan Lain-lain Bahagian Hal Ehwal Pelajar Peralatan Tindakan Selesai Untuk makluman, kita memang telah mempunyai sebuah bilik gimnasium yang terletak di belakang Dewan Serba Guna.Walaupun gimnasium tersebut agak kecil, tetapi dilengkapi peralatan asas untuk latihan dan senaman ringan. Untuk satu sesi penggunaan ianya boleh memuatkan lebih kurang 10 orang pengguna.Bagi mereka yang berminat untuk menggunakan kemudahan tersebut bolehlah menghubungi atau membuat tempahan dengan Unit Sukan (bagi menentukan masa yang sesuai/kosong).Sebaiknya bagi pelajar/staf yang mahu menggunakan kemudahan tersebut membentuk kumpulan sendiri yang tidak melebihi 10 orang (kalau boleh salah seorang dari ahli kumpulan tersebut terdiri dari mereka yang tahu cara-cara penggunaan yang betul alat-alat gimnasium).Buat masa ini bilik gimnasium tersebut sering digunakan oleh atlet-atlet memanah dan silat UiTM Pahang untuk menjalani latihan. Selain dari itu pensyarah Sains Sukan juga menggunakan gimnasium tersebut untuk pelajar-pelajar mereka membuat latihan praktikal.Terima kasih. 2011-01-10

 

Jumlah : 12