SENARAI ADUAN PELANGGAN (Aduan Am)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PAHANG
TAHUN 2011

Bil Tarikh (yyyy-mm-dd) No Aduan Aduan Jenis Kategori Bahagian Punca Status Tindakan Tarikh Selesai (yyyy-mm-dd)
1. 2011-03-29 1226 Assalamualaikum dan salam sejahtera pada seluruh umat islam di dunia.... saya nak buat aduan berkenaan tandas di blok B aras 3 kolej siswi. Tandas banyak yang tidak boleh digunakan kerana masalah paip dan ada bowl yang tersumbat. yang boleh guna pun, sangat kotor terutamanya di bahagian bowl. Kerajinan makcik-makcik cleaner untuk membasuh bowl amat dirindui. sekian terima kasih. salam sejahtera. Aduan Am Asrama/kolej Unit Pengurusan Kolej Manusia Tindakan Selesai Masalah kerosakan tandas di Kolej seringkali berlaku akibat penggunaan pelajar yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sisa makanan, membasuh pinggan mangkuk yang berminyak dan membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas. Aduan kerosakan ini telah dimajukan kepada pihak fasiliti dan telah dibaiki pada 21, 24 & 29 Mac 2011 yang lalu. Untuk makluman pelajar, tandas dicuci setiap hari oleh cleaner di setiap level. Tetapi baru - baru ini cleaner di Blok B Aras 3 telah berhenti kerja. Cleaner yang baru akan digantikan pada awal bulan April. Walaubagimanapun, hal ini tidak menjadi masalah jika pelajar dapat bekerjasama bersama - sama menjaga kebersihan tandas dan kolej kediaman.Terima kasih. 2011-03-30
2. 2011-03-29 1227 uitm the best Aduan Am Asrama/kolej Unit Perhubungan Korporat & Antarabangsa Manusia Tindakan Selesai Terima kasih. 2011-03-30
3. 2011-03-29 1228 assalamualaikum.... expo di bawah kolej siswi adalah sangat bagus dan disukai ramai. tetapi malangnya pencemaran bunyi membuatkan kami semua tertekan. nak buka lagu boleh, tapi tak salahkan kalau slow sikit. kami di tingkat 4 terpaksa menjerit untuk bercakap dengan kawan kerana terlalu bising. nak solat n study sangat susah. sila prihatin atas nasib kami. sekian assalamualaikum Aduan Am Asrama/kolej Unit Pengurusan Kolej Manusia Tindakan Selesai Aduan pelajar telah dimaklumkan kepada JPK yang bertugas dan telahpun diselesaikan. Terima kasih. 2011-03-30
4. 2011-03-27 1221 Untuk makluman pihak tuan, saya berasa tidak puas hati mengenai parking kereta pelajar yang telah ditukarkan ke bahagian hadapan iaitu di tapak integrasi...ini kerana pada pendapat saya, keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah kepada para pelajar khususnya kepada pelajar yang mempunyai masalah kesihatan seperti saya. Untuk makluman tuan juga, saya sekarang mengalami masalah kesihatan iaitu penyakit injap jantung saya telah mengalami kebocoran(valvular heart disease)dan akan akan menjalani pembedahan dalam tempoh masa terdekat ini.sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi saya untuk menjaga kesihatan supaya keadaan saya ini tidak semakin teruk..apabila parking kereta itu telah ditukarkan ke kawasan dataran integrasi, saya berasa sangat penat untuk berjalan ke kelas...ini kerana, panyakit saya ini, membuatkan setiap pergerakan saya terbatas di mana saya juga telah banyak mendapatkan pengecualian daripada melakukan aktiviti di dalam kelas seperti pembentangan. antara kesan-kesan akibat penyakit saya ini, saya tidak boleh berjalan terlalu banyak, tidak boleh penat, stress, tidak boleh berdiri terlalu lama dan tidak boleh kena hujan. justuru itu, saya amat berharap pertimbangan daripada pihak tuan di atas maslah saya ini. sebelum itu, saya ingin nyatakan di sini, baru-baru ini, saya telah pergi berjumpa dengan pegawal dan bertanyakan tentang masalah ini, dan beliau ada menyatakan prosedur yang perlu saya lakukan, tetapi saya tidak boleh untuk menaiki tingkat 4 untuk menghantar surat tersebut di pejabat HEP. Saya juga berharap pihak puan dapat memahami keadaan saya dan juga rakan-rakan pelajar yang lain kerana apabila hujan, ini amat menyukarkan kami kerana sebahagian daripada kami mempunyai kelas di infra science tech. sekian, pertimbangan dan kerjasama daripda pihak tuan, amat lah saya hargai....... Aduan Am Lain-lain Unit Keselamatan Manusia Tindakan Selesai Pelajar UiTM Pahang sangat beruntung kerana dibenarkan membawa kenderaan dan disediakan kawasan parkir ke dalam kampus berbanding dengan kampus-kampus lain. Pemusatan kemudahan parkir untuk pelajar adalah untuk keselamatan kenderaan pelajar juga. Pengurusan UiTM Pahang juga sangat menitikberatkan kemudahan pelajar dengan menyediakan perkhidmatan bas dalam kampus yang kerap terutama di sebelah pagi. Jika saudari mempunyai masalah kesihatan , sila memohon kebenaran dari Timbalan Rektor HEP & Alumni secara bertulis (dengan dokumen sokongan seperti sejarah penyakit saudari/ketidakupayaan/pengesahan dari doktor) dan beliau sentiasa prihatin dengan masalah pelajar dan setakat ini tidak menghampakan. InsyaAllah,saudari akan di beri kebenaran khas seperti yang diperolehi oleh pelajar-pelajar lain yang tidak sihat/kelainan upaya untuk memparkir kenderaan yang lebih dekat dengan blok kuliah/kolej kediaman dengan diberi'pelekat kenderaan khas' yang dikeluarkan oleh Unit Keselamatan. Jika saudari tidak berupaya untuk ke pejabat BHEP&A, saudari boleh meminta bantuan dari rakan-rakan saudari untuk menghantar permohonan saudari. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sebagai seorang mahasiswi Universiti, seharusnya saudari berfikiran matang dan sentiasalah mengucapkan 'syukur' dengan nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada kita sebagai hambaNya. Berkaitan 'susur gajah, ke bangunan IST, perkara ini dalam perhatian dan pertimbangan Pengurusan UiTM Pahang. Wasalam. Siti Rohmah Marsidi. 2011-03-28
5. 2011-03-24 1217 salam , saya salah seorang pelajar bahagian 3.. sy amat risau tentang keselamatan kereta saya yang diletakkan di dataran integrasi.. saya rasa amat berisiko tinggi untuk hilang mahupun dikhianat/dicalarkan.. lebih baik parking di hadapan blok J kerabna jika kereta kita dinaiki oleh org yang aneh, mungkin kawan2 kita yg mengenali boleh memberitahu yg kereta kita dipandu oleh org lain, sekaligus dapat menghalang daripada hilang.. tq Aduan Am Lain-lain Unit Keselamatan Manusia Tindakan Selesai Kenderaan saudara lebih selamat berada di Dataran Intergrasi kerana selain dari rondaan yang dilakukan oleh kereta kembara pengawal keselamatan yang bertugas di pos utama membuat pemantauan. Sekian, terima kasih 2011-03-25
6. 2011-03-23 1215 Salam Sya ingin bertanya kenapa kafe siswa di dewan makan siswa sekarang dipenuhi ramai pelajar perempuan? Adakah ia dibenarkan? Kenapa siswi tidak membeli makanan di kompleks sahaja? Dah la beli makanan tak beratur, lepas ambik makanan selamba terus pergi bayar.. sakit hati oooo...Org lain beratur lama gila... Dengan adanya siswi ia akan menyusahkan pelajr siswa untuk membeli makanan kerana makanan akan cepat habis sya hrp penjelasan akan diberikan oleh pihak anda... Aduan Am Cafe Unit Pengurusan Kolej Manusia Tindakan Selesai Perbincangan bersama antara Pengurus Asrama Kolej Siswi dengan TPHEPA yang lalu telah membenarkan pelajar siswi untuk membeli & membungkus makanan di Kafeteria Kolej Siswa dan Kompleks Siswi bermula semester Dis10 - April 2011. Ini berikutan masalah pengurusan Kafeteria Kolej Siswi yang tidak dapat menyediakan perkhidmatan makanan untuk menampung semua pelajar di Kolej Siswi. Masalah ini dijangka tidak akan berpanjangan. Walaubagaimanapun, isu ini akan dilihat semula di peringkat pengurusan kolej.Terima kasih. 2011-03-26
7. 2011-03-22 1210 salam, saya salah seorang student part 4. saya me